|
Date : Thursday, July 29, 2010
Time : 7:11 PM Title : Makanan Melayu ! Makanan Melayu adalah sesuatu yang unik untuk orang Melayu .
Pada pendapat saya , makanan Melayu amat enak . Kebanyakan makanan Melayu mengandungi lemak , tetapi , ia tetap sedap juga (: Sambal Belacan Sambal belacan merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya dimakan bersama ikan ataupun ulam. Sambal belacan pada amnya merupakan lada/cili yang ditumbuk bersama belacan, garam dan sedikit gula. Sambal belacan juga boleh dicampurkan dengan tempoyak bagi menyedapkannya. Bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, cili padi atau juga dikenali sebagai cili api, akan digunakan bagi menggantikan lada besar. Walaupun saya tidak begitu minat dengan sambal belacan , saya rasa bahawa rasa pedasnya unik kerana ia memang amat pedas dibandingkan dengan cili lain . Asam Pedas Asam Pedas memang terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka di negeri Melaka dan Johor. Ia bukan saja terkenal dan di sukai oleh penduduk negeri Melaka dan Johor sahaja bahkan pelancong dari dalam dan luar negara juga meminati masakan asam pedas ini. Dodol Ia sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri. Otak-Otak Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor.” Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas. { Informasi didapati daripada Google dan Wikipedia }
Date : Tuesday, July 27, 2010
Time : 4:06 AM Title : Mempromosikan Budaya Melayu . Langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk mempromosikan Budaya Melayu . > Membuat aktiviti-aktiviti tentang Budaya Melayu .
Aktiviti ini dapat mempromosikan budaya melayu dalam cara yang amat menarik . Selain itu , ia juga dapat mengeratkan hubungan murid-murid Melayu di sekolah itu .
Date : Friday, July 23, 2010
Time : 5:05 AM Title : Pengalaman Saya Untuk beberapa hari untuk kelas Bahasa Melayu , Cikgu Zahara telah membuat kelas saya membuat banyak aktiviti berkenangan dengan Budaya Melayu . Salah satu aktiviti adalah membuat tinjauan , yang sudah saya terangkan di post yang lalu . Selain itu , guru saya juga membawa Permainan Tradisional Melayu ke sekolah , untuk dicuba oleh kami . Saya bermain batu seremban bersama rakan-rakan saya . Kami berseronok bermain permainan itu (: Cikgu Zahara juga menyuruh kami membuat kumpulan untuk melakukan sesuatu " projek " . Kami disuruh untuk memilih sesuatu tentang Budaya melayu seperti tentang makanan melayu , pakaian melayu , muzik melayu dan macam-macam lagi . Kemudian , kami perlu membuat sebuah pembentangan tentang topik yang telah dipilih itu . Untuk kumpulan saya , kami memilih Puisi Melayu . Cikgu juga memberikan kumpulan saya cakera padat mengandungi puisi-puisi melayu untuk digunakan dalam persembahan kami . Pada pendapat saya , kumpulan saya membuat baik untuk persembahan kami (: Saya telah mempelajari BANYAK tentang Budaya Melayu pada kelas-kelas itu . Saya juga berseronok membuat aktiviti-aktiviti yang telah disediakan oleh cikgu . ;D
Date : Thursday, July 22, 2010
Time : 7:31 PM Title : ![]() Pada satu kelas Bahasa Melayu , Cikgu memberi kami peluang untuk bermain Permainan Tradisional Melayu . Saya memilih Batu Seremban . Saya meminati Batu Seremban kerana ia kelihatan senang tetapi agak susah juga . Oleh itu , ia menjadi suatu permainan yang menarik . Selain itu , Batu Seremban boleh dimain oleh ramai orang (: Cara bermain Batu Seremban :
Saya bermain Batu Seremban bersama kawan-kawan saya . Ia amat seronok dan lucu melihat percubaan kami . Kami juga bersorak dengan amat KUAT apabila satu antara kami berjaya sehingga buah tujuh . Sungguh seronok !
Date : Thursday, July 15, 2010
Time : 7:18 PM Title : Hasil - hasil Tinjauan Hasil Tinjauan untuk kelas saya . ( Gambar-gambar telah disediakan oleh Cikgu Zahara ) Tinjauan Persepsi Remaja Melayu Terhadap Kebudayaan Melayu Daripada hasilnya , kelihatan ramai orang meminati Silat dan Muzik . Ini mungkin kerana Silat dan Muzik amat menarik . Silat pula unik kerana ia adalah seni melayu dan juga ia sesuai untuk jantina perempuan dan lelaki . Muzik juga unik kerana ia berbeza daripada muzik budaya lain . Ada muzik melayu yang lemah-lembut , tetapi ada juga yang rancak . Kelihatan seperti ramai orang menyatakan bahawa mereka meminatinya kerana ia mengekalkan nilai-nilai murni . Saya setuju dengan perkara ini (: Adakah Budaya penting ?
Sebab-sebab Budaya penting .
Date : Thursday, July 8, 2010
Time : 7:24 PM Title : Tinjauan tentang Budaya Melayu Nama : Hayat bin Zailan Adakah kamu meminati sebarang cabang budaya Melayu ? - Silat [X] Ia adalah seni yang unik kerana ia sesuai untuk lelaki dan perempuan pada pelbagai umur dan juga amat menarik untuk menyaksikan . Ya . Ini kerana jikalau budaya tidak dikekalkan , generasi hadapan tidak dapat mengetahui tentang idenititi mereka sebagai seorang Melayu .
Mungkin remaja-remaja masa ini berpendapat bahawa budaya orang Melayu tidak begitu bergaya , dibandingkan dengan budaya orang lain seperti orang Barat . Ini adalah tinjauan yang dilakukan oleh saya kepada saudara saya . Saya amat setuju dengan pendapatnya kerana budaya memang penting dalam hidup seseorang . Jikalau budaya tidak dikekalkan , kita semua tidak dapat tahu tentang asal bahasa dan budaya kami . |
Nurul Asyiqin ; nama aku. Dilahirkan pada 13/10/1997 (: Belajar di YTSS ( 1e4 ) . Boleh dihubungi melalui asyiqin_1997@hotmail.com ShoutMix chat widget
Arinah~ Sabrina~ Farahin~ Iffah~ Wanie ! Designed by { ★CRUSHthespeaker } Thankful to { blogskins l xox } Blogged to { 53-percent } |